Isnin, 7 Januari 2013

Sejatikah persahabatan mu ?.



Ada dua orang lelaki yang kedua-duanya bersahabat baik. Seorang bernama Awang, manakala seorang lagi bernama Goneng. Pada suatu hari, semasa mereka berjalan-jalan, salah seorang daripada mereka telah menjumpai sebuah beg yang berisi penuh dengan wang.

“Wah...banyaknya duit di dalam beg ini !, nasib aku memang baik, kata Awang.”

“jangan kata ‘saya’, tapi katalah ‘kita’. Kita kan sahabat, susah dan senang kita tanggung bersama,” jawab Goneng pula.

Namun Awang tidak bersetuju dengan pendapat sahabatnya tadi.

“Mana boleh !, ini rezeki aku. Aku berhak ke atasnya, Awang menambah.”

Sedang mereka bertekak, tiba-tiba datang sekumpulan orang datang ke arah mereka sambil menjerit.

“Pencuri !, pencuri !... tangkap mereka !.”

“Kita dalam bahaya !”, kata Awang kepada Goneng.

“Bukan !!...katalah ‘SAYA DALAM BAHAYA’, bukan ‘KITA DALAM BAHAYA’. Balas Goneng pula.

Akhirnya Awang ditangkap dan dipukul oleh orang ramai. Manakala Goneng pula terselamat apabila dia sendiri turut menolong orang ramai menangkap Awang.

*Pengajaran : Berhati-hatilah apabila kita bersahabat dengan orang yang boleh menghancurkan kita kemudian hari. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan