Khamis, 29 Mac 2012

Serbuk pundi babi menumbuhkan jari yang terputus.



Babi sememangnya mempunyai banyak kegunaan, boleh diibaratkan dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki babi-babi tersebut. Tetapi sering menjadi persoalan, mengapa Islam mengharamkan babi padahal babi banyak kegunaannya ?, lebih-lebih lagi dalam penghasilan makanan (OB akan menghasilkan artikel pengharaman babi ni pada masa akan datang, tak cukup masa da…). Yang penting sekarang, tahukah anda bahawa pundi kencing babi dapat digunakan untuk menumbuhkan kembali anggota badan anda yang hilang, contohnya seperti jari.

Penemuan itu terbukti apabila pada tahun 2005, seorang pemilik kedai kapal terbang permainan yang terputus jarinya semasa beliau sedang membaiki alat permainan tersebut. Namun, hasratnya untuk menyambung kembali jarinya (jari manis sebelah tangan kanan) yang putus tersebut menemui jalan buntu kerana jarinya yang terputus itu tidak ditemui. Dengan berat hati beliau menerima saranan doktor untuk hanya membalut jarinya yang terputus itu menggunakan kulit sahaja. 


Walau bagaimanapun, beliau sangat bernasib kerana adiknya merupakan seorang pakar dalam bidang pertumbuhan tisu (tissue-regeneration). Beliau disarankan supaya menggunakan serbuk yang dihasilkan oleh adiknya itu. Pada mulanya, beliau meragui keberkesanan serbuk tersebut, tetapi beliau ternyata lebih bernasib baik kerana adiknya pada masa itu sudah berjaya melakukan kajian terhadap keberkesanan produk tersebut ke atas seekor kuda yang cedera parah pada kepalanya pada tahun sebelumnya, dan ternyata produk itu dapat membantu menjana tisu kulit di kepala kuda itu sehingga boleh dikatakan tiada kesan parut di kepala kuda tersebut.

Beliau menanyakan adiknya berkenaan kandungan utama produk tersebut, dan adiknya menjawab “hanya pundi kencing babi yang dikisar.” Walaupun masih meragui keberkesanannya, lelaki tersebut terus menabur serbuk babi tersebut ke atas jarinya yang terputus itu. Dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dan akhirnya sampai setahun lebih, akhirnya jari manisnya tumbuh seperti sedia kala termasuk kukunya sekali tanpa meninggalkan parut yang kasar. 

Menakjubkan bukan ?. tapi mengapa Islam masih mengharamkan babi sedangkan saintis Barat sudah berjaya membuktikan babi terlalu banyak kegunaannya. Jangan bimbang saudara saudari yang bijak pandai sekalian, Otak Beku dot com akan cuba sedaya upaya untuk merungkaikan rahsia encik babi ni. Yang paling penting, kepada yang beragama Islam, anda wajib yakin dengan Islam sebagai agama yang benar dan kepada yang bukan Islam, OB mengharapkan anda lebih berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang agama Islam supaya keraguan anda selama ini hilang. ^^,

Sumber : National Geographic

Tiada ulasan:

Catat Ulasan