Babi
sememangnya mempunyai banyak kegunaan, boleh diibaratkan dari hujung rambut
sehinggalah hujung kaki babi-babi tersebut. Tetapi sering menjadi persoalan, mengapa Islam
mengharamkan babi padahal babi banyak kegunaannya ?, lebih-lebih lagi dalam
penghasilan makanan (OB akan menghasilkan artikel pengharaman babi ni pada
masa akan datang, tak cukup masa da…). Yang penting sekarang, tahukah anda
bahawa pundi kencing babi dapat digunakan untuk menumbuhkan kembali anggota
badan anda yang hilang, contohnya seperti jari.
Penemuan
itu terbukti apabila pada tahun 2005, seorang pemilik kedai kapal terbang
permainan yang terputus jarinya semasa beliau sedang membaiki alat permainan
tersebut. Namun, hasratnya untuk menyambung kembali jarinya (jari manis sebelah
tangan kanan) yang putus tersebut menemui jalan buntu kerana jarinya yang
terputus itu tidak ditemui. Dengan berat hati beliau menerima saranan doktor untuk
hanya membalut jarinya yang terputus itu menggunakan kulit sahaja.